Sunday, January 31, 2010

A.K.U. K.E.L.I.R.U - IBU AYAM ...?



Ibu Ayam Belfast: Wanita Malaysia dalang rumah pelacuran di Ireland dijel tiga bulan.

Saya fikirlah, menyamakan dalang rumah pelacuran sebagai ibu ayam adalah tidak tepat dan tidak adil kepada ayam-ayam sebenar. 

Ibu ayam adalah sebaik-baik ibu (kadang-kadang dia  lebih baik dari segelintir manusia yang bergelar ibu) kerana dia sentiasa mempertahankan anak-anaknya, walaupun hanya dengan bersenjatakan kuku dan paruh.  Tidak sepatutnya istilah ibu ayam di gunakan untuk dalang rumah pelacuran. Patutnya panggil dia ibu jerung !

Shark

Saturday, January 30, 2010

A.K.U. K.E.L.I.R.U - 5: PENDEK KE RENDAH .. ?



Daun Bidara ada menulis dalam entrinya yang terkini bertajuk "Orang Pendek". Mari kita sembang-sembang. Kalau orang, kita nak kata pendek ke rendah ?


Siapa yang tak kenal Ibrahim Pendek. (Kini Allahyarham). Tapi dia patut di panggil pendek ke rendah ? Pendek lawannya panjang, manakala rendah lawannya tinggi. Saya rasa dia tu rendah sebab dia tak tinggi.

Mari kita bincang perkara ini guna komensen sahaja sebab saya tak tahu nak bincang dari sudut ilmu bahasa. Saya rasa selama ini kita terkeliru menggunakan sifat pendek untuk menerangkan sifat orang. Perkataan pendek sepatutnya di gunakan untuk menerangkan sifat sesuatu benda apabila ia dalam keadaan horizontal (mendatar). Misalnya sungai ... kita tak kata sungai itu rendah. Sebab sungai itu sifatnya mendatar. (Kita juga guna istilah pendek untuk menerangkan sifat yang abstrak. Contohnya umur atau akal. Kita kata, orang itu umurnya pendek kalau dia mati muda atau akalnya pendek kalau dia mati eksiden sebab merempit).

Manakala istilah rendah pula digunakan untuk menunjukkan sifat sesuatu benda dalam keadaan vertical (tegak). Misalnya pokok. Orang tak kata pokok itu pendek kalau ia tidak tinggi. Orang akan kata pokok itu rendah. Sebab pokok itu sifatnya tegak. Tapi kalau dia sudah jadi balak yang terbaring, barulah kita kata balak itu pendek.

Tapi mengapa pula kita kata orang itu pendek kalau dia rendah atau tidak tinggi? Sepatutnya kita kata dia rendah. Selain dari itu manusia ini juga berbeza dengan benda. Bezanya manusia ini dengan balak (benda) ialah manusia ini kalau berdiri atau berbaring, kita sepatutnya tetap kata dia rendah, bukannya pendek? Maknanya Ibrahim Pendek itu kita sepatutnya panggil Ibrahim Rendah, samada dia berdiri atau berbaring. Tapi tak sedap pulak bunyinya.

Boleh terima tak hujjah saya ni? Kalau boleh terima ... siapakah agaknya orang yang mula-mula guna atau beri istilah pendek kepada Allahyarham Ibrahim Pendek?


Kalau tak boleh terima pun, tak apalah. Jangan pulak fasal istilah pendek ke rendah kita nak gaduh pulak. Nanti orang kata kita pendek akal ...!

.

Friday, January 29, 2010

A.K.U. K.E.L.I.R.U - 4: PEMBAZIRAN KATA-KATA !





Pernah tak dengar orang cakap macam ni ?

Jom kita naik ke atas.. !
Pening kepala aku !
Mari kita mara ke hadapan .. !
Berdasarkan pengalaman aku yang lalu.. !
Perabot kini menjadi produk utama ekspot kita ke luar negara.. !

Perlu kah perkataan yang berwarna merah itu di ucapkan ?

Kalau naik tidak ke atas, nak naik ke mana lagi ?
Apa lagi yang boleh pening, selain kepala ?
Mana ada mara ke belakang, kecuali mara bahaya !
Ada ke pengalaman masa hadapan ?
Ekspot mesti ke luar negara .. yang ke dalam negara tu, bukan ke impot ?

Habis tu kenapa ia sering di ucapkan ? Saya pun tak tahu .. saya pun kadang-kadang cakap macam tu juga ! Agaknya nak memberi penekanan kot ? Entahlah .. barangkali harus boleh jadi mungkin agaknya !

p.s. itu belum cerita undur ke belakang atau turun ke bawah lagi .. !
.
.

Thursday, January 28, 2010

RESPON KEPADA KOMEN2 DI ENTRI "DEDAH IDENTITI" SEBELUM INI..!

Tetuan annahlu, one zaba, frodo baggins, sahromnasrudin, mamarempit, kakcikseroja, azieazah, mamai, bluecity, sharamli, sena creek, fatrina, hajarus, endiem, tijah, aidah, sl tedi, abulev, linda, ikan emas, daun bidara, finaz, xiiinam, antique man, shaniza, maiyah, yb, relevan dan adillah.

Salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan2 dan puan2 singgah dan seterusnya memberikan komen terhadap entri saya sebelum ini seperti tersebut di atas.

Ada pun tujuan saya membuat entri 'dedah identiti' tersebut adalah untuk memberitahu nama saya yang sebenar. Itu sahaja. Ada pun akan sebab musababnya mengapa saya ingin berbuat demikian telah pun saya beritahu.

Namun saya perhatikan timbul pula isu sampingan yang hampir menjadi polemik berkenaan penggunaan nama samaran (nick name) dan isu mereka yang memilih untuk menjadi "anonymous". Oleh itu saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan dan pendirian saya tentang isu ini.

Saya menganggap blog saya ini sebagai buku catatan yang terbuka. Macam buku pelawat yang terdapat di mana-mana organisasi. Sesiapa sahaja boleh melihat, membaca dan seterusnya kalau berhajat membuat catatan. Sudah tentulah dalam membuat catatan tersebut ada adab dan tatasusilanya ... "that goes without saying" kata orang putih. Kalau saya tidak mahu orang berbuat demikian, lebih baik saya menulis diari dan kemudian menyimpannya di dalam almari atau di dalam kotak dan di letakkan di bawah katil. Itulah pendirian saya. Orang lain mungkin berlainan pendiriannya dan saya menghormati pendirian mereka.

Saya tidak ada menghadapi masalah langsung kalau orang lain ingin menggunakan apa pun nama samaran kerana masing-masing ada sebab dan alasan tersendiri. Bahkan ada dua tiga orang blogger saya jumpai hanya menggunakan tanda titik (.) sahaja sebagai pengenalan diri. (Walaupun terkial-kial saya hendak menemukan "cursor" dengan titik tu, saya tak marahhhhhh !) Mungkin kepada mereka tanda titik itu membawa makna bahawa dirinya hanyalah umpama setitik air di lautan atau sebutir pasir di Gurun Sahara.

Perawi hadis yang tersohor al-Bukhari juga misalnya menggunakan nama samaran bersempena tempat kelahirannya di Bukhara. Hinggakan ramai yang tidak tahu nama beliau yang sebenarnya. Tidak kisahlah samada nama samaran itu dia yang pilih sendiri atau diberikan oleh orang lain. Saya pun pada mulanya menggunakan nama al-lavendari konon-kononnya nak ikut macam dialah juga !.


Begitu juga saya tidak ada masalah langsung untuk menerima komen dari anonymous. Ada pun sebab musabab mereka tidak ingin menzahirkan nama sebenar mereka, hanya mereka sahaja lah yang tahu. Yang penting bagi saya komen mereka semua adalah bernas dan relevan dengan tajuk entri. Tak mahulah kalau entri saya tentang memancing tiba-tiba dia komen "semoga mendapat haji yang mabrur" (klik). Komen yang macam itu saya memang kecil hati.

Mungkin juga golongan anonymous ini belum lagi mempunyai blog sendiri tetapi ingin turut serta memberi komen. Barangkali ini adalah permulaan kepada mereka untuk buat blog sendiri nanti. Saya pun tak berani nak tanya mengapa mereka masih tak buat blog sendiri lagi. Kalau di jawabnya "aku punya fasal lah, yang engku sibuk-sibuk apa fasal ?" ... mana saya nak letak muka ?

Dan satu lagi golongan adalah pembaca yang tidak meninggalkan apa-apa komen, tetapi saya tahu mereka membacanya. Mereka memberi komen terus kepada saya secara berdepan kerana mereka sepejabat atau serumah dengan saya. Golongan ini juga saya alu-alukan, apa lagi golongan yang serumah dengan saya.

Pendeknya saya mengalu-alukan ketiga-tiga golongan ini iaitu mereka yang menggunakan nama samaran, mereka yang memilih untuk memberi komen sebagai "anonymous" dan mereka yang selesa hanya dengan menjadi pembaca sahaja.

Dan bagi mereka yang menggunakan nama sendiri, tak ada apa-apa isu nak dikatakan kat sini.

Akhirnya sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala komen, teguran, usikan atau apa sahaja coretan yang telah diberikan.

Tanpa sokongan tuan2 dan puan2, siapalah saya ! (ayat ini macam pernah dengar jer)

p.s. Pagi ini dari rumah saya akan terus bermesyuarat di luar dan balik ke pejabat mungkin selepas makan tengahari (dengan andaian makan tengahari di sediakan). Kalau tidak ... lunch kat Azhar Maju sahajalah !

Wednesday, January 27, 2010

DEDAH IDENTITI ...!


Berita Harian, 24 November 2009.

"Dedah identiti : Penulis blog perlu berani bertanggunjawab"

Itulah tajuk besar rencana di atas. OK, saya bercadang untuk menyahut cabaran tersebut, mula-mula dengan memberitahu nama saya yang sebenar (walaupun Yunus Badawi dah tahu lebih awal) !

Selepas entri saya yang bertajuk "TAK MENGAPA KAN SAYA BERAWAK-AWAK ?" (klik) bermacam-macam gelaran orang panggil saya. Antaranya abang, pakcik, mr, kanda, awak, sayang, tuan, encik, Abang L, Abang aLv, AL dan sebagainya. Che'Pit minta izin nak panggil saya ayah ! Saya tidak izinkan lagi ! Ikan Emas semua gelaran di panggilnya, ikut suka dia saja. Apa pun yang awak panggil saya, saya akan tetap berawak-awak juga.


Selingan. Bila saya merayau-rayau sekali sekala ke dalam blog orang-orang muda mereka gunakan korang. Agaknya ringkasan kepada engkau orang atau lu olang. Sekali fikir ada juga betulnya. Mungkin juga itulah panggilan yang paling tepat. Ada ke yang bukan orang yang membaca entri ini ?

Berbalik kepada panggilan kepada saya yang bermacam-macam dan mengelirukan itu, saya bercadang nak gunakan nama penuh saya yang sebenar. Tak mahu lagi guna nama samaran al-lavendari. Selain dari memudahkan panggilan kepada saya, saya juga ada beberapa alasan lain kenapa saya teringin hendak guna nama sebenar:

1. Tak nak kecikkan hati arwah ayah yang susah2 bagi nama.
2. Ada orang silap faham ... dia orang ingat al-lavendari (al) tu sama dengan blogger Anaklaut (AL) yang popular tu.
3. Pemaju perumahan Lavender Heights telah mungkir janji. Dulu dia janji nak bagi RM 1 juta kalau saya promote Lavender Heights. Saya dah letih promote. Habuk pun tadak! Tu sebab nama taman kat menara jam kat atas tu sengaja saya padamkan !

4. Nama al-lavendari tu tak berapa nak ada unsur ke Melayuan.

5. Nama al-lavendari tu susah nak eja.

6. Nama al-lavendari tu susah nak sebut. (silap2 ...ada bunyi Tamil sikit)

7. Nama al-lavendari tu murah/mahal rezeki. Pakcik Nuffnang tak beri satu sen pun lagi.

Jadi lepas ini saya bercadang nak guna nama sebenar saya iaitu Hamzah. Dan nama penuh saya ikut kad pengenalan ialah Hamzah bin Abd Hamid atau singkatannya HAH. Tapi jangan sebut HAH tu kuat-kuat, takut nanti orang sebelah terperanjat ! Kalau nak panggil kan senang .. Abang Hamzah, Pakcik Hamzah, Encik Hamzah, Kanda/Dinda Hamzah. Ikutlah nak panggil apa asalkan nama Hamzah tu ada.

Perhatian: Ejaan nama ayah saya A.b.d sahaja bukan A.b.d.u.l. Kalau Abdul ada orang kata itu singkatan nama pertubuhan Angkatan Buaya Darat Udara dan Laut pulak !

p.s. saya tetap akan berawak-awak juga walaupun panggilan korang lebih tepat kerana saya suka dan ada orang suka.. katanya satu klik ! ... kecuali Abang Temuk dan Abang Sena Creek (setakat ini) !

Tuesday, January 26, 2010

A.K.U. K.E.L.I.R.U - 3: 2.3 JUTA PELANCONG LAWAT N 9 !

Berita Harian - 25 Januari 2010.

Bila baca tajuk berita di atas, megah dan gembira juga rasanya. Mana tidaknya .. 2.3 juta orang tu ramai tu !  Hebat negeri ku. Tapi setelah hilang rasa gembira, timbul pula bermacam-macam pertanyaan di kepala.
1. Macam mana dia orang kira ? Saya tak pernah nampak ada orang  kira orang yang ada kat PD atau Nilai 3 !
2. Siapakah yang mengira ? Ada ke jawatan tertentu dalam kerajaan atau pun telah di swastakan tugas mengira tersebut?
3. Siapakah yang di katakan pelancong itu ? Adakah Yunus Badawi yang datang setiap minggu dari KL ke N 9 tu termasuk kira ?
4. Kat mana dia kira ? Lapangan terbang tak ada ? Pintu masuk yang ada imigresen ikut jalanraya pun tak ada !
5. Adakah saya yang berulang alik dari Senawang ke Seri Kembangan setiap hari ini di kira pelancong juga ?

Siapa nak jawab ni ?

Monday, January 25, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 2 - SWITZERLAND vs SENAWANG !

Video 1. Switzerland ( 3 tahun dulu)


( maaf - mutu gambar kurang memuaskan kerana saya hanya menggunakan henfon "blackcurry cap baba's" - tak macam Finaz punya )

Video 2: Pemandangan dari belakang rumah (3 hari lepas)



Video 3: Pemandangan dari arah yang berlawanan.


Video 1: diambil semasa senggang selepas seminar yang terpaksa saya hadiri. Kata pemandu pelancong, di kawasan ini selalu di buat penggambaran cerita Bollywood. Hari tu saya harap sangat dapat berjumpa Aishwarya Rai .. ( maklumlah dah lama tak jumpa .. jumpa dulu pun masa saya masih kecik-kecik lagi)

Video 2: diambil dari belakang rumah saya dari kiri ke kanan. Jelas kelihatan gunung-ganang, highway baru (betul-betul high) merentasi Bukit Putus dan burung enter frame !

Video 3: pandangan dari kanan ke kiri (macam askar pulak !)

Pemandangan dari belakang rumah saya lagi cantik dari Switzerland kan ?.. cuma tak ada ais sahaja. Itu baru belakang rumah ..! Kalau dari depan, entah macam mana lah agaknya ? Sesiapa nak datang ambil gambar, silakan (dengan dikenakan sedikit bayaran - tak ada lah mengarut jer !)

Kepada Linda, Finaz dan Yunus Badawi yang sebelum ini pernah cakap-cakap nak datang, tapi belum kesampaian, tengok jer lah video 2 dan 3 tu dulu. Sekarang ini angin tengah kuat, tapi sayang tak dapat nak tunjukkan .. !

p.s. nampak tak highway baru tu .. siapa yang tak nampak, tak lama lagi .. kena buat cermin mata lah tu !
.
.

Saturday, January 23, 2010

KEJAPLAH WOI !!!

tingtong  ....  tingtong ... tingtong .. tingtong .tingtongtingtong tingtongtingtongtingtong

kejaplah woi !

saya geram betul bila ada orang tekan loceng kat pagar ... tak sampai lima saat kemudian, dia tekan sekali lagi, kemudian dia tekan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

apa dia orang ingat kita boleh terbang ke ?  bagi lah masa 30 saat ke, barulah tekan kali kedua. kalau tuan rumah tak bukak juga pintu pagar selepas tekan kali ke tiga, itu maknanya dia tak ada kat rumah atau tak bersedia menerima tetamu ataupun dia dah mati tidur mati.  jadi .. blah lah. tunggu apa lagi ?

geram betul !

hah .. nak apa ?

ni ayah bagi durian kat pakcik ! 

o ...  terima kasih !

p.s.  semasa saya sedang menikmati durian2 itu.. entah kenapa ingatan saya segera pergi kepada Yunus Badawi !

Friday, January 22, 2010

WA BUKAN TATAU KORANG SUME MEMANG TAK SUKE NAK BACA ENTRI JIWANG-JIWANG CENGGINI KAN ?

Saya suka sastera. Saya juga suka puisi. Tapi saya tak pandai berpuisi. Lalu lahirlah blog , pu.e.c orang x re.t atau "puisi orang tak reti" pada hari Jumaat, 28hb. Ogos 2009. Kiranya blog KomenSen ini bermadulah dengan blog puisi saya tu ! Antara banyak2 puisi, pantun paling saya suka. Tapi orang muda-muda ramai yang tak suka. Tak sejuk "cool" kata dia orang. Sebagai suami pemilik kedua-dua blog ini saya telah berusaha melayan kedua-dua mereka seadil mungkin.

Kepada saya pantun adalah ibarat nasi lemak ... salah satu makanan tradisi kita. Kalau nasik lemak merupakan salah satu makanan tradisi, pantun pula merupakan salah satu puisi tradisi kita. Kalau nasi lemak tak ada, orang akan tercari-cari tetapi saya tidak pasti jika pantun hilang, adakah orang akan tercari-cari juga ? Pasti ada.. paling tidak pun, Saudara Karam Singh Walia !

Saya tidak ada masalah untuk buat entri selain dari puisi/pantun. Banyak entri saya dalam blog KomenSen ini, saya hasilkan dalam masa kurang dari 5 minit. Tetapi untuk mencipta atau menjawab hanya serangkap pantun kadang2 saya terpaksa tidur malam dahulu baru dapat menjawab. Baru-baru ini ada pertandingan berbalas pantun yang tidak di rancang di blog puisi saya.

Saya telah pos dua rangkap pantun untuk ditujukan kepada Mamamin, rakan blogger pantun saya yang dah lama menghilang.

anak ayam turunlah lapan
matilah lima tinggallah tiga
cutinya di lulus tigalah pekan
dah tiga purnama tak nampak muka.

anak ayam turunlah lima
mati seekor tinggallah empat
bukannya sayang bukannya cinta
hendak ku lupa tapi tak dapat.

tak sangka Kakcikseroja jawab begini:

pinggan tak retak
nasi tak dingin
kita ingat kat awak
awak pulak ingat kat mamamin!

Alamak. Macamana aku nak jawab ni. Ini pantun nak menduga. Saya kena beli balik pantunnya dengan pantun yang boleh pukul pantun dia. Malu kalau tak dapat jawab. Jujurnya, memang saya tak tahu nak jawab hari tu. Kalau nak jawab ala-ala pantun Senario tak ada masalah, tapi tak kan pantun yang secantik itu hendak di beli dengan harga yang murah. Saya juga ingin menggunakan semula pembayang yang digunakan oleh Kakcikseroja. Barulah nampak sambut menyambut dan meriah. Keesokan harinya baru saya dapat ilham dan jawab selepas kepala saya betul-betul kena migrin.

pinggan tak retak
nasi tak dingin
takkan saya lupa pulak
dok teringat sampai migrin.

Ada juga hikmahnya migrin ini rupanya. Ingatkan dah habis .. Ikan Emas pula masuk mencelah ..!

anak ayam turunlah lima
jatuh gaung semua dah mati
usah dirindu usah merana
orang di sini sentiasa menanti

wah .. ini pantun perangkap maut, silap beli nanti .. (golo deeh) susah dibuatnya. Kalau nak nampak terer, saya juga harus gunakan pembayang pantunnya di samping jawapannya boleh memboloskan diri. Lalu saya balas begini:

anak ayam turunlah lima
jatuh gaung semua dah mati
itu tanda bersahabat maya
orang di sisi memang tak lari.

Kemudian saya teringat akan kata-kata Pak Ungku Aziz sedikit masa lalu.. "Pantun bantu bina akal budi".



Pada mulanya saya pun tak faham apa maksud akal budi tu .. tetapi melalui kisah saya berjual beli pantun dengan kakcikseroja dan ikan emas, barulah saya faham rupanya untuk berpantun, akal kita kena panjang serta cekap dan budi (bahasa) pun harus di jaga .. baik semasa menggubah pembayang mahu pun dalam menyusun maksudnya.

Selang beberapa tahun hari berlalu, Finaz tampil dengan pantun ini bagi menjawab pantun saya fasal hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong:

Kemain awak berpantun sampai ke hujung tanjung
saya baca pantun awak sambil makan chicken chop
kalo awak rasa hidung tak mancung
pergi jelah buat nose job..

Pantun Finaz ini saya mengaku kalah .. sampai hari ini saya tak dapat jawab pantun dia dengan pantun juga. Inilah jawapan yang mampu saya beri:

jawab tak jawab, jawak tak jawab, jawab tak jawab .. tak ndak jawablah. asyik2 kena je !

p.s lalu saya terfikir kehebatan nenek moyang kita dahulu walau pun tak bersekolah tetapi masih mampu mencipta pantun yang hebat dan dapat menyampaikan maksud atau hajat yang besar dengan hanya serangkap pantun sahaja .. seperti pantun dua kerat berikut;

sudah gaharu cendana pula .. atau siakap senohong.. atau ada ubi ada batas .. dan seumpamanya

atau pantun empat kerat seperti berikut:

intai padi antara masak .. atau kalau ada sumur di ladang .. atau dua tiga kucing berlari .. dan seumpamanya.
.

Thursday, January 21, 2010

KASIH.NYA AYAH ... KASIH.NYA ANAK !

INGAT TAK DULU-DULU ?

Kau tahu tak dulu-dulu ?
Aku yang menyuapkan nasi ke mulut mu
Sebelum kau pandai mengais
Kini kau anggap ku bagai pengemis
Aku bukan lagi orang pertama yang kau tuju
Kerana dari ku tiada apa lagi yang kau perlu
Hibanya hati tuhan sahaja yang tahu.

Kau ingat tak dulu-dulu?
Masa kau belajar bertatih
Rebah mu sentiasa ku sambut
Aku yang merawat luka mu di lutut
Kini kau sudah pandai berlari
Diri ku sudah tidak kau toleh lagi
Pedihnya hati ini tidak terperi.

Kau sedar tak dulu-dulu ?
Kau sering sahaja terkeliru
Antara rama-rama dan kupu-kupu
Lalu bertanya bertalu-talu
Aku tidak pernah jemu-jemu
Memberitahu mu yang mana satu
Tetapi kini kau sudah serba tahu
Aku hanya penyibuk masa senggang mu.

Sayap mu kini sudah berbulu penuh
Kau ingin terbang dan lari jauh-jauh
Air mata ku sudah tiada lagi untuk jatuh
Apa daya ku untuk menghalang
Kini diri ku ibarat melukut di tepi gantang
Sampainya hati mu diri ku kau buang.

Akan ku bawa diri mencari daerah yang baru
Moga-moga ada damai yang menanti di situ
Dan dari kejauhan ini ketahuilah wahai anakanda
Aku akan menjadi pemerhati yang tidak pernah alpa
Penyelamat yang yang sentiasa waspada
Dan penunggu yang teramat setia.

Dan seandainya nanti kau terluka
Carilah dan datang lah kepada ku tanpa ragu
Aku pasti akan menyambut dan merawat mu seperti dulu-dulu
Kerana sesungguhnya kau tetap anak ku .. darah daging ku !





Berita Harian (Edisi Melaka & Negeri Sembilan) - 20.1.2010

"Saya jaga Razak hingga akhir hayat" ..

Melaka: "Sebagai ayah, saya akan tetap menjaga anak saya selagi hayat ada," itulah antara yang diluahkan seorang warga emas, Deris Hamid, 70, ketika ditemui di rumahnya di Telok Mas, baru-baru ini ... "Selepas ketiadaan isteri, kini tanggungjawab menguruskan segala keperluan beliau menjadi tugasan saya, termasuk menyuapkan makanan setiap hari," katanya.

Maaf, saya berhenti di disini dulu .. nak lap entah air apa yang jatuh kat papan kekunci ni .. !

Wednesday, January 20, 2010

RINGAN-RINGAN DI TASIK SERDANG .. !

Berita Harian - 20.1.2010

Lantaklah kau jang
nak togur kau dah bosar panjang
tak malu ko di tengok dek orang
ringan-ringan di tasik serdang
nanti lu pikir lah sendiri apa nak jawab kat "PADANG"

A.K.U. K.E.L.I.R.U. - JANGAN NYANYI !


Berita Harian - 19. 1. 2010.

Saya setuju .. dan saya rasa semua orang pun setuju. Oleh itu kepada sesiapa yang tak ada suara, janganlah nak mengada-ada pulak menyanyi ! Tapi boleh ke orang yang tak ada suara menyanyi ? Dan ndak ke dia orang menyanyi ? Orang yang ada suara pun kadang-kadang tak ndak menyanyi. Saya keliru !

(Perhatian. Entri ini di letak di bawah label lawak. Karang ada pulak yang serius bawa kitab Tajul Muluk nak berdebat dengan saya !)

Tuesday, January 19, 2010

A.K.U. B.E.R.T.A.M.B.A.H. K.E.L.I.R.U - 2 !

PENGUMUMAN:  INI BUKAN ENTRI TERBARU SAYA. ENTRI TERBARU SAYA KAT SINI (KLIK)

Ini bukan gimik ! Warga emas mana pandai nak buat gimik komputer ni. Memang saya betul-betul keliru. Satu fenomena mistri telah berlaku kepada saya. Entri yang saya hantar pagi tadi .. dia tidak muncul sebagai entri baru, tapi terbit pada slot dua entri sebelum entri terakhir saya. Maknanya ia seolah-olah macam entri lama. Faham ke tidak orang ni. Yang sebenarnya entri terbaru saya bertajuk "A.K.U K.E.L.I.R.U - LAWAN TAPI TAK LAWAN"  Saya tak tahu nak betulkan. Nak minta tolong pun pada siapa. Fikir-fikir punya fikir, saya putuskan buat satu entri baru dan pautkan (link) kepada entri terbaru saya itu. Sudi-sudikanlah mengklik. Anda pasti tidak akan kecewa !

Tapi saya tabik dengan 4 pelawat ni iaitu Frodo, Yunus Badawi, Endiem dan Aziezah. Macamana dia orang boleh terjumpa entri terbaru saya ini, entahlah. Mungkin di komputer mereka ia muncul sebagai entri baru! Agaknya.

Ini betul-betul keliru punya keliru !


finaz .. tolong pakcik

Monday, January 18, 2010

TAK MENGAPA KAN SAYA BERAWAK - AWAK ... ?


Gambar 1. Gemas ... lamaaa dulu !

Dalam komen-komen saya di dalam entri-entri yang saya baca, saya banyak membahasakan awak sahaja kepada penulisnya. Namun begitu, kalau saya tidak tahu atau tidak dapat meneka umur mereka atau pun kalau saya memberi ulasan buat kali pertama, saya akan memanggil tuan atau puan pada mulanya. Selepas itu penyakit asal datang balik. Saya akan berawak-awak semula.

Contohnya dengan Kakcikseroja, Mamamin, Linda, Abu Muaz dan mangsa terbaru Mybabah .. sekadar menyebut beberapa nama. Mula-mula tu bukan main bertuan-puan lagi !

Tetapi apa pulak kena mengena gambar hitam putih lama di atas dengan tajuk entri ini. Ada ! Kalau tidak tak kan saya letak. Saya percaya pembaca-pembaca semua boleh meneka dalam gambar itu di mana saya.

Selingan 1. Sebagai makluman, seluar pendek, selipar Jepun dan memakai getah bulat di tangan kiri adalah trend yang popular pada masa itu. Polis, posmen dan askar pun semuanya berseluar pendek pada masa itu. Cumanya mereka tidak memakai selipar Jepun dan getah bulat di tangan !

Gambar tersebut dipercayai diambil pada tahun 1961. Saya tak tahu tarikh yang sebenarnya. Saya kira-kira masa itu saya berumur 7 tahun dan berada dalam darjah 1. Kalaulah pada tahun 1961 saya sudah berumur 7 tahun, maknanya pada tahun 2010 ini, umur saya sudah banyaklah. Dan saya rasa semua pemilik blog yang saya lawati adalah pangkat adik atau anak kepada saya. Jadinya, tidak mengapakan jikalau saya berawak-awak sahaja dengan penulis-penulisnya? Dan selepas ini kalau ada yang nak panggil saya pakcik, abang atau abangcik, silakan !

Namun begitu, jika sekiranya ada bloggers yang berumur lebih tua daripada saya, sila angkat tangan tarik perhatian saya, agar saya boleh memanggil abang atau kakak selepas ini dan tidak berawak-awak lagi. Dan kalaulah ada yang lebih muda dari saya yang mahu mereka di panggil abang atau kakak juga, jangan malu-malu silalah beritahu !


Gambar 2. Kota raya London sedikit masa lalu ...!
Gambar di atas juga ada kaitan dengan gambar yang pertama tadi. Kaitan pertama, kerana saya ada dalam kedua-dua gambar tersebut. Kaitan kedua, perasan tak ... hanya saya seorang sahaja yang lelaki dalam kedua-dua gambar tersebut !!!

Selingan penutup. Siapa tahu..

Yang mana lebih tua .. sungai ke laut ?

Saturday, January 16, 2010

REAKSI KEPADA ENTRI " YEH.. YEH.. AKU SALAH !

Lanjutan daripada entri saya sebelum ini, ada bermacam-macam pendapat dan pandangan diberikan. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Nik Sapeia (DNS) terhadap Tun Dr. M. Tapi LanaBulu pula melihatnya dari sudut yang berlainan. Belum sempat saya hendak membalas komen beliau muncul komen dari Frodo Baggins yang menyanggah pandangan LanaBulu. Kedua-dua pandangan tersebut menarik perhatian saya dan saya perturunkan di bawah ini (dengan sedikit pembaikan editorial). Teks asalnya ada dalam entri saya sebelum ini.

LanaBulu bependapat ..

"Lojiknya memang pelik..

Memang tak salah orang mengatakan sesuatu akibat tingkah lakunya bila menerima keputusan itu..Siap berdoa lagi..tak tau lah apa doanya tu..

Hanya dia dan orang2 yang rapat sahaja yang tahu kenapa dan mengapa dia memperlakukan seperti itu dahulu..

Biasalah begitulah keadaan news memperkatakan sesuatu selalunya mengambarkan yang besar tu adalah baik dan sebaliknya (censored) lihat lah contoh kes seorang askar yg mengamuk kat KL dulu...

masih ingat..?

Hanya yang dekat dan arif sahaja tahu kenapa askar yang sorang ni mengamuk..betul dak?

Kes sebenarnya? tersimpan dari paparan umum..

Yg nampak adalah kesalahan askar tersebut...

Bukan juga teman nak kata tak salah sikap orang yang serang TDM tu..tapi masih banyak perkara yang terselindung..sebenarnya.."

di sanggah oleh Frodo Baggins ..

lana bulu ~

kalaupun "masih banyak yang terselindung" .. tindakan tu tetap tidak wajar. apatah lagi siap angkat doa bila didapati bersalah ... apa yang cuba nak ditunjukkan. dgn orang sekeliling bertempik sorai kegembiraan ... owh maybe nak kata

aku mewakili suara orang2 ramai berjaya menyerang TDM aka MAHAFIRAUN kata mereka .. begitu?

kesimpulannya, apapun tindakan tidak bertamadun yang dilakukan secara senyap atau terang, saya tolak sekeras2nya. apatah lagi menyerang pemimpin negara.

kata Al-Lavendari pula ..

Hidup kita ini ada peraturan yang melingkungi kita. Pertama, ugama dan kedua, undang-undang negara. Saya berpendapat perbuatan DNS itu adalah salah, samada kita menilainya dari sudut ugama mahu pun dari sudut undang-undang negara.

Dari sudut ugama, kita ada "role model" atau contoh ikutan. Beliau adalah Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan sebaik-baik contoh ikutan. Adakah Nabi kita membalas balik segala kejahatan orang kafir dan musyrikin kepada baginda dengan kejahatan ?

Dari sudut undang-undang negara pula, adakah kita boleh mengambil tindakan sendiri kepada orang yang bersalah kepada kita ?

Kesimpulannya saya bersetuju dengan pandangan Frodo di samping menghormati pandangan yang diberikan oleh LanaBulu.

Wallahua'lam.

p.s. Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam forum yang sihat ini. Sesungguhnya saya percaya bahawa berbeza pendapat ada hikmahnya yang tersembunyi.

Friday, January 15, 2010

A.K.U. K.E.L.I.R.U. - 1 : LAWAN TAPI TAK LAWAN !

Mula-mula nak beritahu jawapan tekateki mana lebih tua sungai ke laut. Jawapannya ialah laut sebab dia dulu makan garam. Ada yang beri jawapan betul, tapi tak beri sebab .. jawapan tidak di terima.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang masuk tajuk entri ini - lawan tapi tak lawan.


Banyak perkataan Melayu yang pada hakikatnya berlawanan maksudnya tapi kadang-kadang boleh beri makna yang sama.

Contoh perkataan beri dan ambil. Kan berlawanan! Tapi kalau saya kata "sila beri perhatian", ada beza tak kalau saya kata "sila ambil perhatian".

Satu contoh lagi, perkataan masuk dan keluar. Memang berlawanan. Tapi cuba perhati ayat ini, "dulu muka saya pernah masuk surat khabar" dengan " dulu muka saya pernah keluar surat khabar". (tak tipu). Kan sama maknanya ? Jadi nak guna perkataan yang mana satu ?



(Kosmo 23 Mei 2008)

Tapi saya lagi keliru dengan perkataan sejuk dan panas. Katalah saya nak pergi ke Eropah sekarang ini, saya tak tahu nak bawa baju sejuk  ke baju panas.  Saya dibenarkan buat tuntutan Elaun Pakaian Panas mengikut Pekeliling yang di keluarkan oleh JPA. Tapi bila pergi kedai nak beli baju panas, tak ada pula. Baju sejuk banyaklah macam gambar kat atas tu.  Baju tu kita nak panggil baju sejuk ke baju panas ?  

Begitu juga kalau nak berdo'a. Saya tak tahu mana yang betul. Nak minta rezeki murah atau nak minta rezeki mahal ?

Harap-harap Mybabah baca entri ini dan tolongi saya yang keliru ini !




mybabah.. tolong !




YEH .. YEH .. AKU SALAH !


YEH.. YEH.. AKU SALAH ! YEH.. YEH.. AKU SALAH !

Thursday, January 14, 2010

INGAT TAK DULU-DULU ? ( REAKSI KEPADA ENTRI BUANG AYAH, BUANG SAUDARA ..)

Kau tahu tak dulu-dulu ?
Aku yang menyuap nasi ke mulut mu
Sebelum kau pandai mengais
Kini kau anggap ku bagai pengemis
Aku bukan lagi orang pertama yang kau tuju
Kerana dari ku tiada apa lagi yang kau perlu
Hibanya hati tuhan sahaja yang tahu.

Kau ingat tak dulu-dulu?
Masa kau belajar bertatih
Rebah mu sentiasa ku sambut
Aku yang merawat luka mu di lutut
Kini kau sudah pandai berlari
Diri ku sudah tidak kau toleh lagi
Pedihnya hati ini tidak terperi.

Kau sedar tak dulu-dulu ?
Kau sering sahaja terkeliru
Antara rama-rama dan kupu-kupu
Lalu bertanya bertalu-talu
Aku tidak pernah jemu-jemu
Memberitahu mu yang mana satu
Tetapi kini kau sudah serba tahu
Aku hanya penyibuk masa senggang mu.

Sayap mu kini sudah berbulu penuh
Kau ingin terbang dan lari jauh-jauh
Air mata ku sudah tiada lagi untuk jatuh
Apa daya ku untuk menghalang
Kini diri ku ibarat melukut di tepi gantang
Sampainya hati mu diri ku kau buang.

Akan ku bawa diri mencari daerah yang baru
Moga-moga ada damai yang menanti di situ
Dan dari kejauhan ini ketahuilah wahai anakanda
Aku akan menjadi pemerhati yang tidak pernah alpa
Penyelamat yang yang sentiasa waspada
Dan penunggu yang teramat setia.

Dan seandainya nanti kau terluka
Carilah dan datang lah kepada ku tanpa ragu
Aku pasti akan menyambut dan merawat mu seperti dulu-dulu
Kerana sesungguhnya kau tetap anak ku .. darah daging ku !





SmileyCentral.com

Wednesday, January 13, 2010

BUANG AYAH, BUANG SAUDARA, KERANA ISTERI SAYA TURUTKAN !

Gara-gara ikut cakap isteri: Buang ayah tepi jalan.
Harian Metro - Rabu, 13 Januari 2010.


Saya kira ayah ini masih bernasib baik, kerana anaknya tak sampai hati nak buang dia di tengah jalan ..!

Tuesday, January 12, 2010

CANDID CAMERA ... TERSALAH BAS KAT JERMAN !


 
MALU BETUL ... INGATKAN BAS PERGI SENAWANG TADI !!!

Monday, January 11, 2010

ADAKAH SESIAPA LAGI YANG BOLEH KITA PERCAYA ? ADA ... !

Kalau sebelum ini kita telah melihat ada di antara imam, polis, askar, kawan, nenek bahkan anak sendiri tidak boleh di percayai, maka dalam entri yang terakhIr seBelUm ini, saya ada mengajukan soalan "adakah sesiapa lagi yang boleh kita percaya"?"

Jawapannya. Memang ada. Kita tak payah pergi jauh-jauh mencarinya. Orangnya paling hampir dengan kita, bahkan suatu masa dulu pernah bersatu dengan kita, semasa kita berada dalam kandungannya! Siapa lagi kalau bukan ibu kita. Lihat sahaja dua keratan akhbar di bawah.



Berita Harian: 7 Januari 2010.

Tekanan punca tindakan ganas: Ibu percaya kejadian bukan di sengajakan, sedia maafkan perbuatan anak.




Harian Metro: 7 Januari 2010

'SUSPEK ANAK BAIK'

Kejadian ini masih hangat lagi diperkatakan. Ia telah menggemparkan masyarakat seluruh Malaysia. Seorang anak lelaki telah mengambil nyawa 4 ahli keluarganya termasuk nyawa ayahnya sendiri. Walau pun ada orang lain menyumpahnya dan mengatakannya sah akan masuk neraka tetapi ibunya yang mengandung dan membesarkannya tampil mempertahankan serta bersedia memaafkan anaknya. Ibunya percaya anaknya tidak bersalah. Ibunya percaya anaknya melakukannya dengan tidak sengaja. Lantas ibu itu menganggap insiden ini sebagai suatu takdir ilahi. Walaupun ibu ini juga turut kehilangan seorang suami, seorang ayah, seorang ibu dan seorang anak perempuan, tetapi tiada dendam di hatinya. Bahkan sedia memaafkan pembunuhnya. Kerana apa? Kerana pembunuh itu juga adalah anaknya!

Lihatlah ! Begitulah kasih ibu. Tiada yang setara dengannya. (Lantaran itulah dalam entri yang lalu, saya merasa amat sedih dan terkilan dengan Dr. PhD itu. Sedangkan tinggal di rumah pemberian ibubapanya dia sanggup mengusirnya, tak tahulah saya kalau ibubapanya menumpang dirumahnya. Mungkin telah disepak terajangnya ibubapanya).

Sebagai kesimpulannya dengan mengambil iktibar dari insiden di atas, kita dapati hanya ibu sahaja yang berani tampil membela anaknya. Tidak ada orang lain yang berani berbuat begitu. Walaupun ada orang lain mungkin gembira melihat si anak itu di tangkap lantas menjatuhkan hukuman, namun si ibu ini tetap sayang dan mempertahankan anaknya. Dia masih tetap mengatakan anaknya adalah seorang anak yang baik dan tidak bersalah. Sungguh pengasih, pelindung, tabah, suci dan mulia sungguh hati si ibu ini ...! Adakah orang semacam ini tidak boleh kita percayai ? Adakah ada sesiapa di antara kita yang tidak mempercayai ibu sendiri ?


~ Dengan ini tamatlah episode pencarian siapa yang boleh kita percayai ~

p.s. Saya sangat tertarik hati dengan pemilik2 blog ini - linda dan alvin - kerana cukup pandai menjaga hati dan menyenangkan hati ibu mereka. Dan rasa cemburu pun ada, kerana saya tidak lagi dapat berbuat apa-apa kepada ibu saya, kerana dia telah terlebih dahulu dipanggil menemuiNya ... kecuali doa.

Saturday, January 9, 2010

LAGI SIAPA BOLEH KITA PERCAYA ...? ANAK !

Amaran:
Harap maklum, entri ini ditujukan khas kepada anak-anak yang seperangai dengan Dr. PhD seperti yang dikisahkan dalam keratan akhbar di bawah. Kali ini entri saya agak panjang, sebab kandungan entri ini agak emosional sikit.
Susah betul nak cari siapa yang boleh dipercayai, sampaikan nenek pun ada yang tidak boleh kita percayai. Kalau begitu nampaknya kita terpaksalah mengadu kat anak kita. Takkan lah anak sendiri pun tak boleh kita percaya kan?
Tapi semua anak boleh percaya ke ? Tak ada ke anak yang halau ibu bapa dari rumah yang telah diberikan oleh ibubapa kepada mereka? Adaaaa ! Anak tu tak sekolah kot ? Sekolahhhh! Kesnya sampai masuk mahkamah. Dan keputsannya anak tersebut telah ... "Di arah sara ibu bapa sepanjang hayat"
(Berita Harian - 5 November 2009)
Seremban: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Sila ambil perhatian ! Mahkamah tersebut tidak memerintahkan supaya ibu bapa ... "Menyara anak-anak sepanjang hayat". Kenapa sampai begitu sekali ? Sampai mahkamah membuat perintah. Memalukan betul ! Ini bukan lagi tuduhan atau dakwaan. Akhbar ini melaporkan keputusan mahkamah. Maknanya kejadian ini adalah betul, sahih dan boleh dipercayai. Sampainya hati anak yang ada Phd dan bergelar Dr. tu menghalau ibubapanya dari rumahnya yang mana rumah tersebut diberikan oleh ibubapa beliau.
"...dan pada tahun 2002, Kassim (bapa Dr. tersebut) memindah pemilikan tanah kepada defendan (Dr. tersebut) selepas mereka (Dr. tersebut dan suaminya) berjanji antara lain menanggung nafkah plaintif (iaitu ibu bapa Dr. tersebut) selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu ...".
Itulah sedikit cabutan dari laporan akhbar berkenaan. Saya rasa tuan-tuan dan puan-puan serta adik-adik dan anak-anak sekelian telah mengikuti kes di atas. Kalau pun tidak secara terperinci tetapi sekurang-kurangnya pernah dengar. Pada mulanya saya tak berapa nak percaya. Takkan lah tergamak seorang anak yang terpelajar sanggup menghalau ibubapanya dari rumah yang diberikan oleh ibubapanya. Macam tak masuk akal. Tetapi setelah tahu ia adalah kisah benar, saya jadi amat tersentuh, sakit hati, geram, terkilan dan sayu dengan kisah tersebut. Dan bila mahkamah telah membuat keputusan demikian, saya amat gembira dan bersetuju dengan perintah mahkamah tersebut. Namun begitu ketahuilah wahai anak-anak, walaupun kamu memberi nafkah kepada ibu bapa kamu sepanjang hayat sekalipun, masih tidak terbayar segala jasa dan pengorbanan ibu bapa terhadap kamu.
Lebih-lebih lagi kepada sesetengah anak-anak zaman sekarang ! Pengorbanan atau pertolongan mereka kepada ibu bapa mereka rasanya tidaklah sebesar anak-anak orang dahulu. Anak orang dulu-dulu, di samping belajar mereka juga terpaksa membantu ibubapa bersawah, menoreh getah, menjadi nelayan, membantu berniaga, mengembala lembu dan sebagainya. Kadang-kadang sebahagian duit biasiswa atau pinjaman yang seciput itu pun diberikan kepada ibubapa. Anak-anak sekarang dah bekerja pun masih ramai yang terpaksa di bantu oleh ibu bapa.
Dan bagaimana pula balasan sesetengah daripada mereka. Kalau ibubapa minta tolong buat sesuatu, mesti bertangguh. Misalnya kalau minta basuh kereta dia jawab "petang karanglah" atau kalau nak pinjam kameranya, dia boleh jawab "orang nak pakailah". Dia tak tahu ke bahawa semasa mereka kecil atau bersekolah dulu, ibu bapa mereka tak pernah bertangguh kalau di minta untuk dihantar wang atau diminta dibelikan sesuatu. Ibu bapa sanggup meminjam atau bergolok bergadai untuk memenuhi keinginan dan kehendak anak-anak. Ibu bapa tidak akan tidur lena selagi kehendak anak mereka tidak ditunaikan.
Ada seorang kawan saya mengadu kat saya tentang perangai anak perempuan tunggalnya. Anaknya bekerja dengan salah sebuah syarikat swasta yang tersohor. Kawan saya kesunyian lalu dia menelefon anaknya untuk berbual-bual. Anak dia jawab apa, "daddy, adik tengah sibuk ni ... boleh call lain tak". Hancur luluh hati kawan saya itu. Saya ajak dia buat blog, tak ndak pulak dia.
Alaa ... Itu perkara kecil. Buat apa nak dibesar-besarkan. Perkara sekecil ini pun, ibubapa sudah terasa hati, apa lagi perkara-perkara besar seperti menengking, menampar, memukul, mencederakan dan ada sampai yang membunuh ibubapa. Saya tahu sangat perkara ini memang ada terjadi sebab nature kerja saya sekarang ini adalah dalam jalur ini.
Bukan nak kata atau mengungkit, sesetengah ibubapa sekarang lagi susah menjaga anak-anak berbanding dengan ibu-bapa dulu-dulu. Masa dulu-dulu, anak-anak mereka main lepas sahaja. Pergi sekolah berjalan kaki berbatu-batu ... pergi sendiri, balik tidak berjemput.
Anak-anak sekarang, pergi sekolah, ada ibubapa yang hantar dengan kereta sampai ke pintu bilik darjah. Itu tak masuk kena hantar tuisyen lagi ! Bila dah berkahwin dan beranak, ada ibu bapa yang diminta menjaga anak-anak mereka. Ibu-ibu dulu lain, dia pergi sawah atau menoreh getah, anak-anak di kelek atau didokong di belakang. Pendeknya ramai ibubapa sekarang mula-mula sahaja jadi ibubapa, kemudian jadi drebar dan seterusnya naik pangkat jadi bibik atau orang gaji. Lebih malang lagi, kemudiannya apabila kudrat mereka tidak diperlukan lagi atau menyusahkan mereka dengan pelbagai penyakit, ada anak-anak yang tergamak menghantar ibubapa mereka ke rumah orang-orang tua. Bila ibu bapa telah mati, pandai pula berebut-rebut harta dengan adik beradik. Aduhai !
Berbalik kepada kisah Dr. PhD tadi. Rumah yang dia duduk tu emak ayah dia yang berikan. Kemudian dia membalasnya dengan menghalau emak ayahnya dari rumah tersebut. Ini anak orang ke, anak apa ni ?
Habis tu, kalaulah anak-anak juga tidak boleh di percayai ... ADAKAH SESIAPA LAGI YANG BOLEH KITA PERCAYA ...?

Friday, January 8, 2010

SIAPA LAGI YANG BOLEH KITA PERCAYA ? NENEK ?

Entri ini adalah sambungan kepada 4 entri sebelum ini. Pada awalnya saya cadang tak nak 'publish'kan sebab Kakcikseroja sudah mendahului saya dalam komennya. Tetapi memandangkan bahannya telah ada, saya paparkan juga disini. Tetapi sebelum itu saya senggangkan sikit dengan memasukkan entri 'terkenang semasa dulu - Afrika Selatan' untuk lari sekejap dari isu pencarian siapa yang boleh di percayai.

Sekarang berbalik kepada persoalan siapa yang yang boleh kita percaya. Kita telah lihat bahawa di antara  imam, polis, askar dan kawan, tidak ada beza perangai masing-masing kalau  nafsu telah mengatasi kewarasan.  Masing-masingnya jadi 2 X 5 sahaja. Walau bagaimanapun kita pun tahu bukan semua imam, polis, askar atau kawan yang berperangai begitu. Makanya pepatah Melayu yang berbunyi (tak de bunyi pun) 'seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit' sangat relevan dengan kes ini.  Jadi pengajarannya atau 'moral of the story' ialah jangan dekat atau berkawan dengan 'kerbau yang membawa lumpur' atau jangan berkawan terus dengan 'kerbau' ,  kalau kita tidak mahu terpalit.

Namun begitu,  kita dalam keadaan tertentu, terpaksa juga bergantung harap kepada seseorang.   Sikap bersangka baik kepada orang adalah suatu sikap yang elok. Sikap berprasangka buruk yang keterlaluan akan menyusahkan kita juga ... sehingga kita mungkin diburu bayang-bayang.  Namun begitu dalam keadaan sekarang ini, kita tidak boleh terus percaya pada orang hanya berdasarkan  pakaiannya, cara percakapan atau gelaran dan pangkatnya.  Misalnya kalau ada anak gadis yang dipelawa oleh seorang lelaki pertengahan umur yang memakai kot dan talileher dan bersongkok, yang tidak kita kenali,  yang memandu kereta BMW 740 yang baru, menawarkan untuk menghantarnya pulang, adakah wajar anak gadis itu  terus saja mengikutnya. Mentang-mentanglah orang lelaki itu pakai BMW 740, kita terus percaya dia orang baik-baik.  Mana kita tahu entah-entah kereta itu kereta curi atau kereta pinjam.  Jadi salah siapakah kalau si gadis itu kemudiannya di cabul atau di perkosa kalau dia menerima pelawaan lelaki itu ?

Kalau zaman dulu-dulu mungkin kita boleh menilai seseorang dari jawatan atau pakaian mereka.  Kalau dia berserban dan menjadi imam di kampung, kita boleh percaya. Atau kalau dia seorang perempuan yang bertudung dan mengajar Quran, kita juga perlu percaya.  Tapi sekarang, maaf cakaplah,  saya lihat ada sesetengah tu yang pakai serban atau bertudung bukan yang semi-pro,  perangai mereka ada yang lebih teruk lagi dari mereka yang tak pakai serban atau tidak bertudung.

Kalau begitu, siapa lagi yang boleh kita percaya? Barangkali nenek boleh kita percayai kerana di samping dia seorang perempuan (kerana sebelum ini yang buat hal semuanya lelaki) dia juga sudah jadi nenek. Takkanlah nenek pun nak buat hal kan.   Tapi rupa-rupanya nenek zaman sekarang ni  pun pandai juga buat hal.




Berita Harian - 2 Januari 2010.


"Nenek lapan cucu dicekup khalwat: Pasangan mengaku lakukan seks di hotel"

 (perhatian !  gambar perempuan tu bukanlah nenek yang dimaksudkan.  Rasanya dia tak perlu diperkenalkan lagi) 

Kali ini surat khabar dah  tak tulis perkataan  didakwa lagi macam kes polis dan askar dulu ... kerana agaknya kes ini memang sahih terjadi. Kalaulah berita ni benar-benar sahih, adakah nenek macam ini boleh  kita percaya ?  Kalau nenek pun kita tak boleh percaya ... siapa lagi yang boleh kita percaya ?  anak ?

Thursday, January 7, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 1 - AFRIKA SELATAN


Gambar di atas di pintu masuk Taman Negara Kruger di Afrika Selatan semasa mengiringi lawatan Timbalan Menteri dan isterinya. Paul Kruger tu nama orang putih yang mengasaskan taman negara tersebut. Walaupun Afrika Selatan pernah dijajah oleh orang putih dengan dasar Apartheidnya, namun mereka (orang putih) juga telah mewujudkan banyak Taman Negara (Safari) di sana yang menjadi kebanggaan dan tarikan pelancongan ke negara tersebut. Saya tak pasti kerajaan pribumi sekarang sejak Mandela menjadi presiden, ada atau tidak mewujudkan taman negara yang baru.

Di Malaysia begitu juga. Taman Negara di Pahang tu di wujudkan oleh penjajah orang putih pada tahun 1925 dulu. Sejak merdeka tak tahulah saya sudah berapa Taman Negara baru yang telah kita wujudkan ? Walau pun kita mungkin marah dengan penjajah, tapi ada juga jasanya mewujudkan Taman Negara itu. Saya meramalkan negeri Pahang suatu masa nanti akan menjadi negeri yang kaya hasil pelancongan dan jualan airnya yang terbit dari taman negara tersebut dengan syarat taman negara berkenaan dikekalkan, dan kalau boleh diperluaskan lagi.

Begitu juga hutan simpan di Bukit Nenas seluas 11 hektar di tengah KL, British juga yang mewujudkan (digazetkan pada tahun 1906). Tapi kita, apa yang dah ada (misalnya Bukit Gasing, PJ) kalau boleh hendak di runtuhkan.

Ishh ... berat pulak isu kali ini ! Tak apa ... kita ringankan !

Gambar di bawah adalah gerai tempat membeli cenderamata ... BRUMA Market World. Tempatnya biasa-biasa je. Tetapi ada suatu peristiwa menarik yang ingin saya ceritakan. Semasa berjalan2 sambil menengok2 apa yang patut dibeli, saya terdengar dengan jelas lagu dari kumpulan Raihan dimainkan. Kembang hati saya. Tak sangka di satu tempat di negara orang yang jauhnya berpuluh ribu batu dari Malaysia, ada peminat lagu dari kumpulan nasyid dari negara kita. Saya ingin juga berbual dengan pemilik gerai tersebut, tetapi memandangkan saya adalah pengiring VVIP, saya cuma mendengar sahaja sambil berjalan lalu dengan tersenyum diiringi dengan perasaan bangga dan gembira !!! Tahniah Raihan.



Perasan tak ? Wanita di belakang sebelah kanan saya yang memakai pakaian mencolok mata itu, merupakan salah seorang penari tradisional yang membuat persembahan di situ.


Bergambar di atas trak yang akan membawa pelawat ke kawasan hidupan liar (safari) untuk melihat gajah, zirafah, singa dll, hidup bebas. Malam tu sejuk sampai ke tulang, nasib baik ada disediakan selimut tebal. Tak kesahlah dah berapa orang pakai, janji tak mati kesejukan !

.